Blog Rasmi Unit Kaunseling dan Kerjaya Kolej Matrikulasi Johor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog ini diwujudkan adalah sebagai medium untuk perkongsian dan hebahan maklumat serta informasi tentang dunia kaunseling, kerjaya dan psikologi. Segala pandangan dan cadangan untuk menambahbaik laman blog ini adalah amat dialu-alukan. Semoga anda mendapat manfaat dan faedah daripada laman blog ini. Terima kasih.

27 December 2011

KURSUS KEPEMIMPINAN PRD, JAKTI & JKD PERINGKAT KEBANGSAAN

Kursus Kepemimpinan PRD, JAKTI dan JKD Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan pada 8 - 11 Disember 2011 di Tasoh Lake Resort, Perlis. Seramai 46 orang pegawai telah terlibat sebagai ahli jawatankuasa, urusetia dan fasilitator manakala jumlah peserta kursus ialah 327 orang daripada 13 buah kolej matrikulasi dan 2 buah kolej MARA
.

Aktiviti Trecking



Majlis Perasmian



Peserta bergambar bersama di puncak bukit




Semasa Ice Breaking





Laporan oleh Mohd Basiran bin Md Jamil at 3:13 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Info Terkini

  • Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia dan Balada Mini KAKOM
    Pada hari Isnin, 10 September 2012 telah diadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia dan Balada Mini KAKOM 2012, Kolej Matrikulasi J...
  • KURSUS PEMBIMBING RAKAN DINAMIK 2012/2013
    Tarikh 29.6.2012 - 1.7.2012 Tempat Dewan Seri Tanjung, Kolej Matrikulasi Johor Anjuran Unit Kaunseling & Kerjaya Ur...
  • PROGRAM MOTIVASI SK AIR KUNING SELATAN BERSAMA KMJ
    Pada 7 - 8 Julai 2012, di Kolej Matrikulasi Johor telah dilaksanakan Program Motivasi Anak Cemerlang SK Air Kuning Selatan, Gemencheh, Nege...
  • Taklimat pohon@usm
    Taklimat pohon@usm telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Dewan Seri Ledang, Kolej Matrikulasi Johor. Taklimat ini telah disertai oleh pel...
  • Program Sentuhan Sanubari
    Isnin, 24 September 2012 - Program Sentuhan Sanubari telah dianjurkan oleh Biro Kecemerlangan Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Johor. Kelo...
  • KURSUS KEPEMIMPINAN PRD, JAKTI & JKD PERINGKAT KEBANGSAAN
    Kursus Kepemimpinan PRD, JAKTI dan JKD Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan pada 8 - 11 Disember 2011 di Tasoh Lake Resort, Perlis. Se...
  • PELANCARAN PROGRAM PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM 2013
    Pada 20 Mac 2013 (Rabu), Pelancaran Program Pementoran Perkhidmatan Awam 2013 Kolej Matrikulasi Johor telah dilaksanakan pada 9.00 pagi hi...
  • PROGRAM SEMARAK JIWA (LAWATAN PELAJAR SMKA SEGAMAT)
    Pada 18 Oktober 2012, Pelajar-pelajar SMKA Segamat dengan diiringi oleh 6 orang guru telah datang ke KMJ untuk Lawatan Sambil Belajar.  Prog...
  • TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
    Apabila tiba musim peperiksaan tentu ada diantara adik-adik yang rasa gementar, gelisah dan pelbagai perasaan lain yang tidak menyenangkan....
  • PROGRAM DAKIAN KECEMERLANGAN PEMBIMBING RAKAN DINAMIK
    Program Dakian Kecemerlangan Pembimbing Rakan Dinamik telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu, 25 Februari 2012. Program ini telah diser...

Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran

Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di universiti dan pengurusan kerajaan.

Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.

Pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka.

Menurut satu laporan dari St. Louis Post-Dispatch pada 1 Januari tahun ini, enam tahun lalu, majikan-majikan tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan dari kursus juruteknik makmal bioteknologi.

Tetapi kini mereka sendiri sibuk menghubungi pelajar berkenaan dan memerlukan beratus-ratus orang dalam bidang tersebut.

Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga berkembang luas.

Pada tahun 2000 barangan berkenaan di pasaran dunia bernilai RM221.16 billion dengan 27 peratus dari bidang kuasa, makanan (20 peratus), kimia (17 peratus), perkhidmatan kesihatan (15 peratus), pertanian (14 peratus) dan besi (7 peratus).

Bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan.

Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein.

Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.

Ia menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya, produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu pisang dan lain-lain.

Manakala disiplin daripada bidang bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi kod genetik.

Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk menghasilkan produk pengkomersialan.

Antara yang paling menonjol dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan beras.

Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin dunia.

Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian yang lain.

Kerjaya Ahli Farmasi

Farmasi ditafsirkan sebagai pembuatan dan pemberian ubat. Farmasi adalah satu kerjaya di mana ahli-ahli farmasi membuat kajian untuk mencipta ubat-ubat baru. Ahli farmasi juga bertanggung-jawab memberikan ubat kepada pesakit-pesakit (dispensing).

Terdapat beberapa sektor di mana ahli-ahli farmasi diperlukan :

Description: bullet

Jabatan Kerajaan - di Malaysia, terdapat dua tempat utama di mana tenaga ahli farmasi diperlukan. Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) adalah tempat di mana ubat-ubat didaftarkan. Ubat-ubat yang hendak daftarkan hendaklah menjalankan beberapa ujian di BPFK. BPFK juga memeriksa kilang-kilang untuk menentukan pembuatan ubat-ubat dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan (Good Manufacturing Practice, GMP). Bidang penguatkuasa farmasi pula bertanggung-jawab memeriksa dan menentukan farmasi-farmasi, klinik-klinik dan kedai-kedai lain menjual ubat menurut undang-undang yang telah ditetapkan. Contohnya, ubat-ubatan herba yang mengandungi ubat-ubatan terkawal seperti steroid adalah di bawah pengawasan Unit Penguatkusa Farmasi (UPF) ini. Selain itu, UPF juga bertindak menurut akta-akta lain yang telah ditentukan.

Description: bullet

Hospital. Di hospital pemberian ubat kepada pesakit adalah di bawah kawal selia ahli farmasi. Ahli-ahli farmasi mengawasi hospital assistants (HA) dalam pemberian ubat-ubatan.

Description: bullet

Peruncitan. Farmasi-farmasi yang dibuka menjual ubat-ubat kawalan dan ubat-ubat biasa (over-the counter, OTC) seperti Panadol dsb.

Description: bullet

Industri. Dalam sektor ini ahli farmasi bertanggung-jawab dalam pengeluaran ubat, impot dan ekspot dan juga research and development (R&D). Walaubagaimanapun, R&D di Malaysia tidaklah begitu ketara. Kebanyakannya dilakukan oleh negara-negara kaya. Itulah sebabnya, negara-negara tersebut boleh mengeluarkan ubat-ubatan baru dan ubat-ubatan yang semakin canggih.

Isu

Antara isu yang hangat diperkatakan di Malaysia ialah isu "dispensing right" di mana ahli-ahli farmasi meminta hak mereka sebagai seorang ahli farmasi dalam memberikan ubat (dispensing) dapat dipenuhi. Di Malaysia, hak membuat diagnosis dan memberi preskripsi adalah di tangan para doktor. Bagaimanapun, hak dispensing yang sepatutnya dimiliki oleh ahli farmasi juga dipegang bersama oleh para doktor.

Bidang farmasi di Malaysia bolehlah dikatakan masih lagi baru. Ia belum lagi berkembang seperti di negara-negara maju, terutamanya Amerika Syarikat dan Eropah. Fungsi ahli farmasi belum lagi dijalankan sepenuhnya seperti negara-negara tersebut.

Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, dan juga negara-negara lain seperti Australia, negara-negara Arab, New Zealand, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia para doktor tidak dibenarkan memberi ubat. Mereka hanya diberikan hak untuk mengeluarkan preskripsi dan ubat-ubat hendaklah diambil atau dibeli dari farmasi. Pada tahun 2000 Korea Selatan telah mula menguatkuasakan undang-undang yang sama. Walaupun mendapat tentangan hebat dari para doktor, akhirnya undang-undang tersebut dijalankan juga.

Pelbagai hujah dikeluarkan dikeluarkan kedua-dua pihak seperti tidak cukupnya bilangan farmasi yang berkecimpung dalam bidang peruncitan atau farmasi yang buka 24 jam. Ahli farmasi pula berhujah bahawa kos perubatan akan menjadi lebih murah bila hak dispensing diberikan kepada ahli farmasi. Antara hujah lain yang diketengahkan oleh ahli farmasi ialah :

Description: bullet

Ahli farmasi lebih mendalami mengenai ubat-ubatan yang diambil

Description: bullet

Harus ada satu sistem di mana counter-check boleh dilakukan. Dengan konsep sekarang di mana doktor membuat diagnosis dan memberi ubat, pesakit tidak boleh membuat counter-check tentang ubat-ubatan yang diambil. Ahli farmasi lebih mengetahui tetang kesan-kesan sampingan ubat, interaksi antara ubat-ubat dan sebagainya. Sekiranya tugas dispensing diberikan kepada ahli farmasi, beliau boleh counter-check ubat-ubat yang dipreskripsikan oleh doktor. Baru-baru ini contohnya kita dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi yang mengambil paracetamol (Panadol) dalam dos yang tinggi. Perkara ini mungkin boleh dielakkan sekiranya ada counter-check antara prescription dan dispensing.

Description: bullet

Ketidak-cukupan bilangan ahli farmasi bukanlah satu isu yang besar. Ia adalah isu "chicken and egg". Ahli farmasi keberatan untuk membuka farmasi kerana hak dispensing tidak mereka miliki. Sekiranya hak dispensing tersebut diberikan kepada ahli farmasi, kami yakin akan banyaklah farmasi yang akan dibuka, di serata ceruk di Malaysia. Sila baca rencana yang ditulis oleh Utusan Pengguna Februari, 2001 di bawah.

Masa hadapan

Walaupun hak dispensing masih belum diberikan kepada ahli farmasi, prospek pekerjaan dalam bidang ini agak cerah. Bilangan ahli farmasi di Malaysia adalah tidak mencukupi. Kadar seorang ahli farmasi : penduduk adalah sekitar 1:7,000. Lebih banyak farmasi perlu dibuka untuk memperkenalkan bidang ini kepada orang awam.

Kebanyakan farmasi dibuka di bandar-bandar kerana orang-orang bandar lebih mementingkan kesihatan mereka. Mereka lebih bersedia untuk mengambil makanan-makanan tambahan seperti vitamins dsb. Ahli farmasi harus memberikan penerangan yang lebih berkesan mengenai perkara ini. Konsep pencegahan lebih baik daripada rawatan telah dapat diterima oleh kebanyakan orang.

Ada juga orang ramai yang tidak suka mengambil ubat berlebihan kerana kesan-kesan buruk ubat tersebut. Ahli farmasi boleh mencadangkan rawatan-rawatan alternatif yang ada.

Ahli farmasi hendaklah berkerja bersama-sama dengan doktor untuk menaikkan taraf kesihatan penduduk Malaysia.

Pages - Menu

  • Home

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (11)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (1)
    • ▼  December (1)
      • KURSUS KEPEMIMPINAN PRD, JAKTI & JKD PERINGKAT KEB...

Followers

Contributors

  • Kaz Mansor
  • Mohd Basiran bin Md Jamil
  • Unknown

Blogger templates

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2012 (11)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (1)
    • ▼  December (1)
      • KURSUS KEPEMIMPINAN PRD, JAKTI & JKD PERINGKAT KEB...

Blogger news

About

Pages

  • Home
Watermark theme. Powered by Blogger.